VIDEO : Ujian Kereta Terbang Malaysia Tidak Berjaya

Pandu uji ‘kenderaan terbang’ atau ‘aerial vehicle’  yang dijadualkan pada 21 November 2019 tidak diluluskan oleh CAAM.

CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA  (CAAM) mengumumkan bahawa pandu uji yang dirancang Menteri  Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof  terhadap “Drone” UAS E-Hang 216 (EH216) buatan China itu dilaman sesawang Facebook CAAM SUMBER .

 

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof janji prototaip pada Oktober

Dinyatakan bahawa lokasi penerbangan ujian di Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) Hangar Subang kurang dari 200 meter daripada trafik penerbangan komersial/ helikopter dan ia jelas di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pengawasan ketat oleh Kawalan Trafik Udara (ATC).

Di samping itu, Drone (katakan Kereta Terbang itu) EH216 hanya mempunyai Permit Penerbangan Khas (SFP) oleh  China  (Pentadbiran Penerbangan Awam di China) yang terhad untuk menjalankan Penerbangan & Penyelidikan Pembangunan di Grand World Science Park, Guangzhou.

CAAM juga akan menjalankan siasatan terhadap tindakkan penerbangan demonstrasi yang tidak dibenarkan  melibatkan EH216 pada 15 November 2019 di kawasan yang sama di Lapangan Terbang Subang hari ini sepertimana yang tular disosial media video.

CAAM menyokong pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia, walaubagaimanapun ujian dan penerbangan demonstrasi mesti dijalankan mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016) untuk memastikan tahap keselamatan bagi semua pihak.

Didalam facebook CAAM itu juga ingin menyatakan bahawa untuk mempertimbangkan permintaan untuk penerbangan ujian EH216 di lokasi yang sesuai, dan dengan sokongan pihak berwajib.

admin : Macam mana drone china boleh jadi kereta terbang Malaysia? Kalau begitu baik beli sahaja buat apa janji  untuk membuat prototiap seperti yang dilaporkan sebelum ini :

Prototaip kereta terbang dilancarkan seawal Oktober 2019

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/prototaip-kereta-terbang-dilancarkan-seawal-oktober-2019-211582