VIDEO : Vaksin COVID-19 Mengorbankan Ratusan Warga Indonesia?

Semalam tular dilaman sosial Youtube dimana satu video klip berdurasi 13.11 min bertajuk KORBAN BERGELIMPANGAN,RATUSAN WARGA TERKAPAR USAI DISUNTIK SINOVAC” di Indonesia yang hari ini telah mula disebarluas di laman sosial dan group whatsapp di Malaysia.

Admin sebagai pengamal media baru yang agak berpengalaman telah membuat pencarian bukti untuk mengesahkan perkara ini memandangkan Malaysia kini didalam proses pencubaan vaksin yang dibeli dari syarikat COVAX, Pfizer dan AstraZeneca bagi menampung keperluan rakyat dalam negara.

Berbalik kepada video tular tersebut. Selepas mencari arkib asal klip video itu, rupa rupanya ia adalah sebuah kejadian lain yang belaku pada 11 Feb 2018.

Hari ini media sosial berperanan menjadikan masyarakat dunia terutama Malaysia lebih peka kepada keadaan sekeliling dan mengeratkan hubungan siratulrahim sesama individu, namun netizen seharusnya lebih berhati-hati kerana ada penulis berita palsu dan direka semata-mata untuk menarik perhatian netizen untuk menjadi isu hangat atau trending untuk melaba propulariti.

Situasi ini sangat membimbangkan kerana ada berita yang bertujuan mewujudkan kebencian dan provokasi dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa. Keadaan ini sangat berbahaya kerana Malaysia mungkin hancur dan tidak lagi dihormati di mata dunia dan akibatnya, rakyat akan menanggung rugi.

Seperti video vaksin tersebut akhirnya menjadi alat untuk saling bercakaran diantara rakyat Malaysia terutama dari golongan pro vaksin dan anti vaksin yang mana kedua duanya telah dibodoh dan dibutakan dengan cerita palsu dan tiada ada fakta yang jelas. Kini penulis/pereka berita palsu itu sedang menikmati keseronokannya memperdayakan masyarakat terutamanya netizen yang berjaya dibodohkan.

Stay at home, Stay safe, Jangan dibodohkan…

jangan lupa support dan subscribe channel youtube Daengselili (tanpa iklan)
https://www.youtube.com/channel/UClXCkiQupOXhdIkwwfgl2Vg