Wali Batu Asas

Kerajaan Pas Kelantan yang semakin dikenali dengan gelaran ‘negeri pecah tanah’ hari ini mengumumkan projek baharu kepada rakyat iaitu pembangunan bercampur Taman Iman Jaya bernilai RM30 juta di Wakaf Che Yeh di sini.

Projek berkenaan yang kononnya bakal dilaksanakan secara usahasama di antara kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan SBJ Binajaya Development Sdn. Bhd. dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.
Seperti biasa majlis pelancaran projek tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu ketika tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tinggal 12 hari sahaja lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman berkata, pembangunan Taman Iman Jaya itu akan dibuat di atas tapak seluas 2.738 hektar.
“Ianya akan dibangunkan dengan komponen-komponen terdiri daripada 63 unit rumah kedai dan pejabat dua tingkat, 12 unit kedai apartmen serta 78 unit apartmen kos sederahana dan 58 unit apartmen kos rendah,” katanya di sini hari ini.
Sejak 30 Mac lalu, Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan beberapa majlis pecah tanah di seluruh negeri.
Majlis itu mendapat kritikan pelbagai pihak kerana didakwa dilakukan semata-mata mahu memancing undi sempena PRU-13, setelah banyak projek yang diumumkan gagal dilaksanakan dan terhenti setakat majlis pecah tanah sahaja. – Sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*