Wawasan 2020 Apakah Intipatinya?

“Kebebasan bersuara yang dijamin dalam 
Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali 
bermaksud sebagai kewenangan hak kepada 
mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan 
menghasut api kebencian” 
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia



Apakah intipati Wawasan 2020 ?

  • Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu yang terdiri daripada satu Bangsa Malaysia.
  • Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dalam aspek psikologi, serta selamat dan maju.
  • Merangsang dan memajukan masyarakat yang berdemokrasi dan matang.
  • Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi.
  • Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertoleransi.
  • Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
  • Mewujudkan masyarakat penyayang.
  • Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama.
  • Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan bingkas sepenuhnya.
  • Tinggal 7 tahun sahaja lagi untuk Malaysia mencapai status maju. Terpenting pada 2020 nanti, semua bangsa terutama Melayu/Bumiputera perlu maju seperti bukan Bumiputera.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*