Wawasan 2020 Boleh Berjayakah?!

Bolehkah Wawasan 2020 dicapai seperti  dijadualkan?

• Wawasan ini adalah cetusan idea para pemimpin terdahulu di bawah penerajuutamanya Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Februari 1991.

• Fokus utama ialah menjadikan negara kita berstatus maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri menjelang 2020. 


• Di bawah kepemimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Gagasan 1Malaysia diletakkan sebagai pemacu ke arah pencapaian wawasan ini.

• Kerajaan perlu memastikan pembangunan KDNK pada tahap sekurang-kurangnya 6% secara terus menerus untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

• Bagi memastikan KDNK meningkat, kerajaan mengumumkan GTP dan ETP sebagai memacu pembangunan ekonomi.

• Daripada segi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan dalam negeri (DDI) bagi tempoh Januari – Oktober 2011, nisbahnya ialah 48.4% (FDI) : 51.6% (DDI).. Angka ini bagaimanapun berubah kepada hampir 50:50.

• Peningkatan FDI jelas menunjukkan kerajaan mampu menjayakan Wawasan 2020.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*