Wikileaks : Anwar Terlibat?

Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat punca boleh berlakunya pencerobohan berdarah yang berlaku di Lahad Datu yang setakat ini sudah mengorbankan 10 nyawa setakat ini, demikian kata Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman.

Menurutnya, perkara ini amat serius memandang sudah terdapat beberapa dakwaan yang daripada agensi berita luar yang secara langsung mengaitkan nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.
“Hari ini, satu lagi pendedahan daripada wikileaks yang secara langsung menyebutkan hubungan Datuk Seri Anwar dan Nur Misuari. Bahkan di dalam pendedahan wikileaks itu terang-terang menyiarkan kenyataan Nur Misuari bahawa wujudnya perancangan untuk menawan Sabah.
“Bagi saya, tindakan segera perlu diambil kepada sesiapa saja yang mengkhianati kedaulatan negara dan seperti yang saya katakan tadi, satu jawatankuasa khas perlu diwjudkan untuk menyiasat segala dakwaan dan juga punca terjadinya espisod pencerbohan tersebut.
“Pendedahan wikileaks itu menjadi satu lagi asas kukuh yang boleh dijadikan sebagai bukti bahawa wujudnya individu di dalam negara yang menjadi tok dalang serta merencanakan konspirasi bagi peristiwa pencerobohan di Sabah yang telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita, ” tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Jelasnya, siasatan secara teliti dan mendalam perlu diambil untuk memastikan sekiranya wujud dalang dan konspirasi dalam peristiwa pencerobohan di Lahad Datu ini dan siapa saja individu yang diyakini terbabit menjadi dalang perlu di bawa ke muka pengadilan dengan segera.
“Saya yakin, rakyat juga mahu tahu siapa dalang di sebalik kejadian tersebut. Ini adalah soal keselamatan negara yang tidak ada kompromi tentangnya. Kita perlu siasat segala dakwaan dan mengambil tindakan segera supaya dalang ini kita hukum dan menjadi pengajaran kepada semua,” ujarnya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*