Winnable Candidate Untuk PRU13

Istilah ‘winnable candidate’ atau ‘calon boleh menang’ menjadi topik perbincangan hangat di kalangan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 2 tahun lepas

Rata-rata berpendapat faktor calon memang menjadi satu daripada penyumbang kemenangan tetapi pada masa sama faktor taat dan setia serta tidak mengkhianati parti turut memainkan peranan besar bagi menentukan kemenangan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN). Seorang perwakilan yakin pada dasarnya perwakilan faham dengan apa yang dimaksudkan ‘calon boleh menang’ tetapi masih sangsi mampukah semua pihak memberi “taat setia tanpa berbelah bahagi” kepada keputusan pucuk pimpinan. 
Adakah pemimpin yang merasakan mereka juga adalah ‘calon boleh menang’ boleh melakukan pengorbanan dengan mengetepikan kepentingan diri dan puak, apabila pucuk pimpinan membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka. 
Pengorbanan daripada segi wang, tenaga dan masa mungkin mudah dilakukan tetapi sanggupkah mereka melakukan pengorbanan perasaan. Inilah pucuk pimpinan sebutkan agar sebagai penyokong dan pejuang Umno mereka perlu membuat pengorbanan perasaan tersebut (rela hati tidak dipilih menjadi calon).
Di kalangan pemimpin UMNO berkaliber dan berupaya untuk menjadi wakil rakyat tetapi hakikatnya, hanya seorang sahaja yang akan dipilih menjadi calon bagi sesuatu kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). calon boleh menang ialah seorang yang mempunyai sifat kepimpinan yang disenangi pengundi dan boleh membawa mesej rakyat kepada kerajaan. 
Calon itu juga mempunyai sifat yang boleh memujuk orang yang dipimpinnya (anggota parti) apabila berlaku sesuatu isu besar, dia boleh menyelesaikannya walaupun ada di kalangan mereka membantah. Suaranya didengari dan dihormati. 
Kalangan pemimpin sedia ada mestilah bersifat terbuka dan menerima keputusan pucuk pimpinan mengenai calon yang dipilih serta berupaya memujuk penyokongnya agar tidak membantah keputusan dan terus bekerja untuk kemenangan calon yang dipilih. 
Sebaik sahaja pilihan raya diumumkan, tiada seorang pemimpin pun berhak mendakwa kerusi yang disandangnya itu adalah miliknya. Terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang boleh menang untuk bertanding
Satu penerangan perlu diberikan di peringkat cawangan dan bahagian bagi mengingatkan para anggota parti tentang mesej taat dan setia serta tidak mengkhianati parti yang diperkatakan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak. 
(suntingan BERNAMA)
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*