Yang berhormat bangku batu lim

siap bubuh nama blog agi..kah kah kah kah…alahai sibangku batu

Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim secara sinis meminta ahli keluarga Tun Dr. Mahathir membawa bekas Perdana Menteri Malaysia itu untuk menjalani pemeriksaan sama ada otaknya masih waras atau sebaliknya.


Semuanya bermula apabila Tun Dr. Mahathir menulis di dalam blognya bahawa MAYAT KARPAL TIDAK PERLU LAGI DILANGKAH kerana PAS telah pun menggugurkan Negara Islam, Hudud dan Qisas sebaliknya menukarnya menjadi Negara Berkebajikan selain menyatakan Hudud dan Qisas hanyalah 0.001% daripada perundangan Islam.

Ternyata, mata pena Tun Dr. Mahathir sangat tajam, sehinggakan BARUA-BARUA seperti Khalil Idham Lim kepanasan dan jadi tidak tentu arah. Biarpun Tun Dr. Mahathir bukan lagi berkuasa, tidak mempunyai sebarang kuasa, mahupun bukannya bertaraf Mursyidul Am, nampaknya setiap tutur katanya amat digeruni oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

Yang sangat jelas, mereka langsung tidak mampu menyanggah apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir di dalam blognya. Karpal Singh merupakan antara pemimpin DAP yang paling keras menentang Negara Islam, dan beranggapan negara ini adalah sekular selain mahu sistem yang ada sekarang dikekalkan serta ditambah baik.

Karpal Singh tidak pernah mengundurkan kata-katanya walaupun sepatah. Walaupun pada ketika Mursyidul Am PAS cuba membalasnya semula dengan menganggap Karpal tidak tahu kerana belum diberitahu, apa yang berlaku selepas pertemuan Mursyidul Am PAS ialah, Karpal kekal menentang Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Sebaliknya, muktamar berikutnya PAS pun mengikut kehendak Karpal Singh dengan menggugurkan perjuangan Negara Islam dan kemudian beralih kepada Negara Berkebajikan dengan mencari dalil-dalil baru.

BARUA-BARUA bangang seperti Khalil Idham Lim sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan dengan menjadikan Mahathir sebagai sasaran hujahnya. Sebabnya, semakin ditekan, Mahathir akan mengeluarkan satu persatu kesilapan dan kesalahan PAS, terutama sekali bab Hudud di Kelantan yang sehingga kini tidak mampu dilaksanakan ke atas Mat Sabu yang ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita bernama Norma di bilik 121, Hotel Perdana selepas Mahathir mencabar Nik Abdul Aziz untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan! SUMBER
MEREKA TAHU IDHAM LIM TELAH DITOLAK DI PARIT BUNTAR. TINDAKAN IDHAM LIM MELAWAN YDP PARIT BUNTAR YANG CUKUP DIHORMATI MENYINGGUNG AHLI DAN DIANGGAP TERLALU GOPOH DAN TAK HORMAT ORANG LAMA. Seterusnya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*