Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak

Yayasan Pendidikan Kawasan Bandar Tun Razak yang ditubuhkan sejak tahun 2004 dengan objektif utamanya untuk membantu pelajar-pelajar yang berasal daripada  keluarga kurang berada untuk mempertingkatkan tahap pendidikan mereka.


Sejak ditubuhkan, Encik Chew (pengasas) menyandang jawatan Pentadbir Pemegang Amanah dan justerunya dilantik Pengerusi Yayasan pada 2011. Encik Chew Yin Keen berusaha untuk menubuhkan Yayasan Pendidikan Kawsan Bandar Tun Razak atas anjuran MCA Bahagian Bandar Tun Razak yang telah dilancarkan pada pilihanraya umum tahun 2004.
Yayasan telah memperolehi status bebas-cukai pada tahun 2005. Sejak ditubuhkan, Yayasan telah menganjurkan pelbagai program-program pendidikan seperti Kelas Tuisyen Percuma, Seminar Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan-Soalan PMR dan SPM, Geran Pendidikan , Kecemerlangan Akademik SPM, Geran E-Didik, Geran Bantuan Kelas Tuisyen, Geran Penyelidikan, Kursus Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Pra-Sekolah Menengah dan lain-lain. Sebarang maklumat untuk aktiviti Yayasan Pendidikan Bandar Tun Razak Boleh Lawati Facebook @ Blog (Chinese Version)
Like fanpage : 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*