YB Khawin Tiga Dengan YB Berkhalwat Siapa Mulia?!

Salah ke kahwin 3???

Kecoh seantero Malaya apabila seorang Yb UMNO di Terengganu telah beristeri 3. Dipercayai isteri ke tiga yb terbabit adalah salah kepada seorang artis terkenal tanah air.
Berita berkenaan mula tersebar di sebuah majalah hiburan terkenal tanah air dan isteri kedua yb berkenaan dipercayai telah menuntut cerai akibat tidak mahu menaggung malu. Yang menarik nya ialah isteri kedua berkenaan juga telah melakukan perkara “memalukan” terbabit ketika dia merampas yb berkenaan daripada isteri pertama terdahulu.
Sejak itu isteri kedua inilah yang menguasai kehidupan yb berkenaan. Sehingga kan setiap majlis rasmi dialah yang menjadi pengiring. Apakah sebenarnya segala tindakan isteri kedua berkenaan adalah akibat takut kedudukannya sebagai ‘mam’ besar tergugat.
Isu berkaitan yb berkenaan sedang hebat dieksploitasi oleh blog2 pembangkang.
Persoalannya ialah salahkah seorang lelaki yang berkemampuan untuk berkahwin lebih dari satu. Jawapannya ialah TIDAK.
Persoalan kedua- siapa yang salah berkahwin lebih dari seorang atau berkhalwat denhan isteri orang sehingga jam tiga pagi seperti yanh dilakukan oleh Badrul Amin.
Persoalan ketiga- salahkah beristeri tiga secara sah berbanding berzina di atas gerabak keretapi sepweti yang dilakukan oleh Adun Pas di Kelantan.
Persoalan keempat- salahkah berkahwin 3 jika dibandingkan aksi zina dengan chinadoll sepertimana rakaman video Yang didedahkan oleh trio datuk T.
Persoalan kelima- salahkah beristeri 3 jika dibandingkan dengan Yb Pas yang berkhalwat dengan bini orang dan seterusnya memaksa si suami menceraikan isterinya akibat tidak tahan dengan karenah isterinya yang main kayu tiga dengan yb pas terbabit.
Renungkanlah.-

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*