YES: Kini DAP Serang PKR Demi Kerusi

Dulu makan sepinggan, tido sebantal, Hari ini???Terang lagi bersuluh, Kini Melayu DAP sudah mula mempertikaikan PKR sebuah parti yang majoriti dianggotai Melayu sendiri, kini PKR tidak lagi dipercayai oleh tuan yang terutamanya DAP, Jika DAP istiharkan perang terhadap PKR pasti PKR dan PAS akan terkubur, mana tidaknya PAS pon sanggup beri maruah Islam dihenyak dek DAP, PKR pula sebagai agent menentang orang melayu sendiri terutamanya yang berfahaman politik UMNO, 


Aku mungkin salah tafsir ayat si tua veteren tu tapi dalam bait-bait katanya tenyata DAP sudah menunjukkan belangnya sungguhpun hampir nazak pemimpin DAP digasak dengan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Veteran DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor menyifatkan ideologi perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin tidak sihat serta tiada hala tuju.

Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berkata demikian merujuk kepada matlamat asal perjuangan parti itu yang semata-mata mahu menuntut kebebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun sasaran itu telah dicapai dan hala tuju parti itu tampak samar-samar dan tidak seiring dengan gerakan rakan komponen mereka, DAP dan PAS.

“Selepasnya reformasi sepatutnya habislah. Reformasi ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kebebasan Anwar.

“Tetapi selepas reformasi, maka ditubuh pula PKR, maka bermulanya satu parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat. Dia tidak ada hala tuju yang tepat,” ujar Zulkifli ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.

Zulkifli menambah matlamat perjuangan yang kabur itu ditambah buruk dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan PKR yang diketuai oleh isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tidak mempunyai penyokong.

Disebabkan itu, PKR katanya dilihat terpaksa bergantung kepada sekutunya, PAS dan DAP.

“Oleh yang demikian, maka dia (PKR) mempunyai pemimpin yang tidak ada penyokong..akar umbi tidak ada. Kalau dia lawan kawasan ‘mix area’, DAP dengan PAS yang akan tolong dia,” jelas beliau yang baru-baru ini tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang berlangsung di Pulau Pinang.

Kredibiliti PKR makin goyah apabila sering kali dikritik kerana pemimpin-pemimpinnya adalah bekas ahli Umno BN.

“(Ahli) PKR dia biasanya (yang) keluar daripada Umno. Seperti yang ramai orang kata, kalau anda ditolak atau keluar daripada sesuatu parti, itu bererti anda bukan yang terbaik di dalam parti itu.

“Dan apabila anda tubuhkan sebuah parti baru, tidak mungkin ia akan lebih baik daripada parti yang telah anda tinggalkan,” katanya. – Gelombang Rakyat




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*