YEZ: Teknologi Daihatsu untuk Perodua!

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melabur RM790 juta bagi menubuhkan sebuah syarikat baru bagi membina kemudahan kilang pembuatan baru dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 kenderaan setahun menjelang pertengahan 2014.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penubuhan syarikat itu membabitkan kerjasama antara Perodua dengan Perodua Auto Corp dengan modal berbayar sebanyak RM200 juta.
“Dana bagi penubuhan syarikat ini akan dijana secara dalaman. Kilang yang akan didirikan pula terletak bersebelahan kemudahan sedia ada kami di Rawang dan dilengkapi peralatan sistem lebih baik, teknologi baru, lebih automasi dan mesra alam.
“Kami menjangkakan kilang terbabit akan mempunyai 1,200 kakitangan,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, kilang berkenaan akan menggunakan teknologi terkini Daihatsu Corp yang berpangkalan di Jepun yang juga paling bersesuaian dengan keadaan negara ini.
“Kilang ini akan meningkatkan automasi proses kimpalan untuk kualiti yang baik dan ketepatan ukuran badan kenderaan untuk mengekalkan ketepatan.
“Kemudahan pengeluaran baru ini juga akan mengguna pakai sistem cat Daihatsu yang kurang membebankan alam sekitar, kos rendah tetapi menghasilkan cat berkualiti tinggi dan tahan lama, tetapi pada masa sama, mengurangkan karbon dioksida dan pelepasan sebatian organik tidak menentu,” katanya.
Menurutnya, penubuhan syarikat baru itu dengan kepentingan 51-49 peratus antara Perodua Auto Corp dan Perodua adalah sebahagian daripada program transformasi struktur berdasarkan pelan hala tuju strategik lima tahun syarikat yang bermula tahun lalu.
“Program ini seiring dengan matlamat syarikat meningkatkan eksport kepada 20,000 unit menjelang 2015 berbanding 10,000 unit ketika ini selain mengekalkan penguasaan pasaran tempatan yang diramalkan oleh Institut Automotif Malaysia meningkat kepada sejuta unit daripada jumlah keseluruhan industri menjelang 2020,” katanya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*