ZALIM la kerajaan Barisan Nasional

(gambar hiasan)

Pe hal lagi nihhhhh….!!! Teksi 1Malaysia ??

Apa punya ZALIM la kerajaan Barisan Nasional nihhh! Apa kelas pemandu teksi pun nak diambik kesah ?? Ooopp oopp sblm ada yg nak marah teman…baca dulu bg abihhhh! 

Punya perihatinnya kerajaan…pemandu teksi diberi perhatian atas kesedaran kerajaan Barisan Nasional peranan pemandu-pemandu teksi seluruh negara…

Seramai 4000 orang pemandu teksi bakal diangkat sebagai Duta Pelancongan dengan intensif RM100 sebulan selama 12 bulan. 

Baru-baru ni kerajaan Barisan Nasional bagi Baucer Rm520 tayar teksi melalui program Bantuan Tukar Tayar 1Malaysia (TR1MA) seluruh negara…

Hmmmmm…ada jgk suara sumbang sumben kata…nak meloncat rope beruk kena belacan tu kenapa? Dah berapa kali kerajaan bg bantuan tukor tayar ni…?? Ada jgk yg sakit ati, persoal baik bagi permit dr bg tayar….hahahahaha gelihati teman wehhhhh! 

Kalo udoh ati perut bangkai, semuanya tak kena semuanya salah…! Dah kerajaan bg ambik je le! Xnak kalu xyah ambik! Xde paksaan punnnnnnn…! Ini molot kutuk umpat caci mcm2 tangan hulor jgk…sapu jgk! Hahahahaha…..

Dan yg persoal mcm2 tu, dema bg apa kpd rakyat?? Tanya balik ke muka yg x brape nak hensem dema tu…apa janji yg mengkomer dh tunaikan? Apa jasa mengkomer?? Agak-agak dema bleh jawap x ??

Kihkihkih….I rest my case
sumber: https://www.facebook.com/ina.muzaffarii
———————————————————————————–

EDITOR            :     MARIAM ABDULLAH.
PENYAMPAI     :     ZULHIANA SURA ABD RAHMAN

Saudara, berada di barisan hadapan tentulah mempunyai peranan besar. Imej buruk atau baik banyak bergantung kepada mereka. Jika seseorang tetamu datang ke rumah, misalnya, tentulah orang yang menyambut kedatangannya di muka pintu akan memberi kesan. Jika baik layanannya, baiklah persepsi tetamu dan jika buruk layanannya, buruklah jua persepsi tetamu.


Begitulah hakikatnya dengan seseorang pemandu teksi yang mampu meletakkan imej negara di mata dunia.Jika mereka mempamerkan budi pekerti dan kesopanan kepada penumpang asing tentulah ia menjadi pengalaman manis bagi pengunjung asing itu. Selain layanan baik melalui pertuturan dan tingkah laku, para pemandu teksi yang lebih inovatif boleh meletakkan brosur dan risalah mengenai Malaysia untuk ditatapi oleh penumpang semasa dalam perjalanan ke destinasi mereka. 
Bayangkan pula sebaliknya, jika pengalaman buruk yang terpaksa dilalui oleh pelancong asing ketika berdepan dengan kerenah pemandu teksi di Malaysia, tentulah perasaan negatif ini akan dibawa bersama apabila pulang . Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 
Pemandu teksi sebenarnya adalah duta kecil negara. Mereka adalah kumpulan besar mewakili pelbagai kaum dan mampu menjulang nama Malaysia, juga penyumbang kepada ekonomi negara. Justeru pelbagai langkah diambil kerajaan untuk meletakkan mereka pada kedudukan yang lebih baik agar mereka juga mendapat nikmat  pembangunan negara. Dalam kesungguhan kerajaan melaksanakan program transformasi, setiap lapisan masyarakat perlu dilibatkan sama. Ini kerana proses transformasi negara bukan sahaja menekankan nilai ekonomi dan pendapatan , tetapi juga pembentukan perwatakan manusia dengan nilai dan sikap murni.


Sebagai pengiktirafan kepada tugas penting yang digalas oleh pemandu teksi, kerajaan membuat perancangan jangka panjang dengan memperkenalkan model baru Industri teksi . Walaupun ia akan dilaksankan dalam masa setahun dua lagi tetapi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sudah cukup meyakinkan kita bawa kerajaan serius membangunkan industri perkhidmatan teksi . Model baru yang mahu dilaksanakan lebih menyeluruh kerana ia akan menamatkan pemilikan lesen yang banyak oleh syarikat-syarikat  individu. Dengan kata lain, era pemberian lesen yang banyak kepada individu, yang ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemandu teksi sebelum ini, akan ditamatkan. 


Sebagai langkah jangka pendek, Teksi Satu Malaysia atau TRsatu M diperkenalkan. Datuk Seri Najib berkata pelancaran TRsatuM adalah satu permulaan. Dengan Inisiatif hampir 35 juta ringgit itu yang memberi faedah kepada 67 ribu pemandu teksi, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak 520 ringgit bagi penggantian empat tayar. Selain itu,dana lebih daripada 1 juta ringgit disediakan untuk Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100 ribu pemandu teksi di seluruh negara . Hakikatnya jika ia satu permulaan, maka akan ada langkah susulan dan semuanya bukti keperihatinan kerajaan kepeda semua golongan masyarakat termasuk pemandu teksi.


Fokus kerajaan untuk memajukan negara dan memakmurkan rakyat tidak pernah luntur sejak Merdeka. Dari Perlis hinggalah ke Sabah, pelbagai program telah dilaksanakan untuk membangunkan negara. selaras dengan usaha memenuhi kehendak rakyat yang semakin meningkat, kerajaan telah meletakkan penanda aras berdasarkan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Sebagai rakyat, ia seharusnya menjadi tanggungjawab kita pula untuk menyambut segala usaha itu demi kemajuan negara.

SEKIAN ULASAN BERITA YANG DISEDIKAN OLEH MARIAM ABDULLAH.

sumber: http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=592%3Ateksi-satu-malaysia&catid=44%3A2012-05-09-03-26-03&Itemid=61&lang=bm

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.