Zuraida Akan Mengilai Ditapak Ekspo

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menegaskan wanita Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia untuk melancarkan gerak gempur menentang kebatilan yang menjadi teras perjuangan pimpinan Umno BN.


Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN turut mengugut rakyat supaya memberi mandat kepada mereka jika mahu pembangunan dilaksanakan.


“Apakah dengan janji jika menang dan jika dapat rampas kembali itu ini, baru hendak laksana pembangunan? Ini membuktikan kerajaan sedia ada tidak telus dan ikhlas dalam menjaga kepentingan rakyat,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Kebangkitan Wanita di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah.


Zuraida turut berkata, Pakatan yang bakal menerajui kepimpinan negara mempunyai agenda perubahan yang boleh dilaksanakan untuk membawa perubahan positif kepada negara.


“Ia bukan saja memberi peluang dan ruang kepada kepimpinan wanita, malah profesionalisme mereka akan dimaksimum bagi membela nasib rakyat,” katanya. – MPP

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*